uS US Us Clothing

Tas tangan sekarang dah jadi satu fenomena! Sebelum ni, orang-orang kaya, berpangkat, kaya, artis je yang selalu minat dengan beli tas tangan yang besar-besar, biar nampak bergaya dan kaya. Tapi sekarang trend ni dah terbawa hingga ke golongan-golongan sederhana termasuklah budak-budak sekolah. Kali ni, segmen Wardrobe Ingin memperkenalkan uS US Us Clothing yang diasaskan oleh Yusmarul Ariff Khusni.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4hhCL_p29F6AYiMli5zGD-MSDPMNoP46TpWK91zfGVj56u4c6vfhOQBjgCVb8BJR3xyhxIun6jiI-0uKfpwX7YL5SCznNG4lK6u4On-WR1gK-k-GYAD62VLxjxX13Jjtn4U4K25bByTw/s1600-r/dmc+-+Copy.jpg

Sejarah
Bermula dengan hanya menjual t-shirt di flea market sekitar April 2008, keinginan membesarkan empayar mula bercambah sehingga berjaya membuka sebuah outlet di Rasta, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) pada Januari 2009. Sebelum ini, butik ini menjual pelbagai jenis baju, kasut, aksesori, tas tangan dan banyak lagi. Tapi sekarang, butik ini lebih menjurus ke arah pasaran tas tangan.

 [DSCN4479+-+Copy.JPG]
  
Kenapa Tas Tangan? 
"Kerana tas tangan atau dikenali sebagai handbag adalah sesuatu yg unik untuk kaum hawa, tanpa handbag mereka tidak boleh hidup, dan juga kebetulan mendapat sambutan yang menggalakan dan permintaan yang tinggi," kata pemilik butik yang berwajah kacukan Cina dan Melayu tersebut.

Yusmarul juga memberitahu bahawa tas tangan ini unik; ia boleh mencerminkan seribu satu perkara berkenaan pemiliknya, contohnya; empunya tas tangan adalah seorang yang santai, gila fesyen, ataupun berperwatakan profesional. Pengguna tas tangan juga sering bertukar-tukar tas tangan, bergantung pada cuaca, persekitaran, pakaian, tempat dan penampilan diri.

"Kalau yang suka berfesyen tu, dia akan pakai yang over print, studded, animal print dan mengikut perkembangan semasa, dan yang suka berimej santai, mereka suka pakai yg 'more to basics', manakala yang berumur pula lain citarasa," sambung Yusmarul lagi.

[DSCN4545.JPG]

Apa menariknya uS US Us Clothing?
"uS US Us Clothing menjual tas tangan yang lain daripada yang lain (kalau tak percaya, boleh tanya kawan-kawan dan lawat blog-blog yang lain). Kami lebih kepada permintaan dan perkembangan fesyen semasa. Kami sentiasa cuba mengikut perkembangan semasa dan terbaru dalam fesyen, dan kami juga menawarkan harga yg amat berbaloi," jawab beliau kepada AGEzine!.

Bagi peminat-peminat tas tangan, korang bolehlah melawat blog butik ini untuk tengok sendiri pelbagai rekaan tas tangan yang ada dijual. Kalau nak dapatkan feel yang lagi best, bolehlah datang ke butik uS US Us Clothing ini di Rasta, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).

 [DSC_6857.JPG]

YOK RAME-RAME PERGI US US US CLOTHING!!! :)

Blog: http://us3clothing.blogspot.com
Email: usususclothing@yahoo.com
Facebook: webswing_85@hotmail.com (Penjual Tas Tangan)
Alamat Kedai: No.9, Rasta, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails