Hitam dan putih merupakan warna neutral. Walaupun nampak seperti zebra, namun pemakaian hitam putih ada penggemarnya. Pakaian hitam putih juga mudah untuk kita cari. Pergi sahaja ke mana-mana, pasti ada pakaian yang dijual yang berwarna hitam mahupun putih. Hitam putih juga selalu dijadikan tema majlis makan malam, majlis anugerah dan sebagainya. Walaupun hitam putih berbunyi ringkas, namun pemadanan yang sesuai perlulah dilakukan bagi memastikan anda tidak tenggelam atau nampak tidak sesuai dengan rona hitam putih tersebut.
Tips hitam putih untuk anda:
- Warna hitam putih tanpa tekstur yang menarik boleh membuatkan anda kelihatan bosan. Untuk tampak lebih menarik, cuba bermain dengan tekstur pakaian anda. Contoh tekstur yang sesuai ialah kulit, satin dan chiffon. Anda juga menambah hiasan seperti manik bagi memastikan pakaian anda nampak tidak kosong.
- Kamu juga boleh mengenakan motif print hitam putih dengan bunga-bungaan, corak abstrak dan banyak lagi. Jika memilih fabrik yang berlatarkan flora bagi yang bertumbuh gempal, pastikan bunganya tidak begitu besar. Jarak antara setiap bunga juga tidak terlalu jauh antara satu sama lain.Jika anda lebih berani, anda akan kelihatan lebih berbeza dari orang lain. Tetapi janganlah melampau pula ya!
- Jika anda bertubuh besar, mengenakan bahagian atas dengan pakaian hitam dan bawah putih merupakan gaya yang sesuai untuk anda kelihatan lebih langsing.
- Jika anda mahu mengenakan warna hitam di bawah dan warna putih di bawah, pastikan anda memilih pakaian dengan tekstur dan potongan yang menarik. Anda boleh mencuba potongan yang lebih funky dan trendy seperti kemeja retro dan dress pendek. Jika anda mengenakan pakaian yang biasa-biasa sahaja, kamu akan kelihatan seperti pelayan pula!
- Anda juga boleh menggunakan lapisan warna untuk kelihatan lebih menarik seperti mengenakan blazer atau jaket hitam di luar baju yang bermotif hitam putih.
- Jika anda mengenakan pakaian yang bergaris pasti tampak lebih menonjol. Tetapi jangan lupa kepada yang bersaiz besar, jalur menegak ke bawah pastinya lebih sesuai untuk anda bagi kelihatan lebih kurus.
- Lengkapi pula dengan penampilan anda dengan aksesori seperti rantai labuh, tali pinggang dan tas tangan. Sudah tentunya, anda akan kelihatan sempurna sekali dengan pakain hitam putih anda!
Jika anda lebih kreatif, anda akan mendapatkan hasil yang lebih menarik walaupun hanya menggunakan kombinasi dua warna ini. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment