GITAR PERTAMA ANDA


Gitar merupakan satu instrument muzik yang sangat asas dalam bidang muzik. Alat muzik yang berasal dari Sepanyol ini boleh didapati di mana-mana kedai muzik berdekatan dengan pelbagai jenis warna dan bentuk. Jika anda baru sahaja ingin membeli gitar pertama anda, tips ini boleh membantu anda :


Sebagai permulaan, janganlah anda menghabiskan wang anda untuk membeli gitar yang mahal. Bajet yang dicadangkan ialah sebanyak RM100 ke RM200. Memang ada gitar yang lebih murah dari itu tetapi tidak berkualiti. Lebih berbaloikan jika gitar pertama anda ialah gitar yang tahan lama? Setelah anda lebih mahir nanti, boleh lah anda membeli gitar yang lebih mahal dan sesuai tengan tahap kepandaian anda.


Sebelum ke kedai untuk membeli gitar, banyakkan pengetahuan mengenai gitar dahulu. Kenal pasti jenis gitar yang anda mahu beli sama ada gitar elektrik, gitar akustik atau gitar klasik. Pastikan gitar pilihan anda bersesuaian dengan bajet anda. Anda boleh juga minta pendapat rakan-rakan anda yang memang sudah hebat mengenai gitar ini untuk membantu anda untuk memilih gitar ini.


Setelah anda kenal pasti gitar apa yang anda mahukan, boleh lah anda ke kedai gitar. Lebih baik jika anda bawa rakan yang tahu mengenai gitar . Anda boleh servey harga yang bersesuaian dengan bajet anda. Anda juga boleh cuba bandingkan gitar yang mahal dengan gitar yang murah. Anda akan dapat mengesan beberapa perbezaan dari segi kualiti, tali dan banyak lagi.



Anda juga boleh lah bertanyakan kepada tuan punya kedai tersebut serba sedikit mengenai gitar yang anda ingin beli itu. Pastikan anda tidak tertipu kerana biasanya jika anda bertanyakan gitar mana yang bagus, sudah semestinya peniaga tersebut akan mencadangkan gitar yang mahal sahaja. Tidak semestinya gitar yang mahal itu elok. Ia bergantung juga kepada jenama antaranya Yamaha, Fender, Gibson dan banyak lagi.





Jika gitar elektrik yang menjadi pilihan anda, anda perlulah cuba duhulu main dengan amplifier di kedai tersebut. Jangan pula pilih, bayar dan terus balik. Takut bila anda sudah sampai di rumah, gitar tersebut tidak berfungsi dengan baik. Pastikan juga gitar anda sudah ditune sebelum pulang ke rumah kerana sebagai permulaan, tuning sudah semestinya sesuatu yang mudah untuk anda.


Jangan lupa juga untuk membeli aksesori untuk gitar anda. Selain dari pic, guitar case juga penting. Jika anda ingin bawa gitar anda ke mana-mana, tidak lah mudah calar jika anda ada guitar case tersebut. Lebih elok juga anda membeli set tali 1 hingga 6 sebagai simpanan. Jika tali anda terputus, tidak lah anda perlu ke kedai kelam kabut untuk mencari tali baru.


Selain dari membeli gitar di kedai muzik berhampiran, anda juga boleh membeli secara online tetapi anda mestilah berhati hati kerana gitar ini tidak seperti barang-barang lain. Jika anda tersalah beli, membazir sahaja duit dan anda tidak akan berpuas hati dengan gitar pertama anda.


Sekarang, anda sudah mempunyai gitar sendiri. Selain daripada memilih gitar yang betul, anda juga perlu menjaga gitar anda. Penjagaan yang baik membolehkan gitar anda tahan lama. Semoga anda dapat berjumpa dengan gitar impian anda! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails