Lagenda Budak Setan

Salam/Hi..

Cuba lihat tajuk filem di atas. Menarik bukan? Tajuk pun sudah menarik, apatah lagi ceritanya. Filem ini diadaptasi daripada novel Lagenda Budak Setan karya Ahadiat Akashah yang merupakan novel terlaris pada tahun 80an. Untuk pengetahuan semua, filem Jogho arahan Uwei Saaeiri merupakan filem terakhir yang diadaptasi daripada sebuah novel Juara karya S.Othman Kelantan yang dihasilkan pada 1997. Dan kini, selepas hampir 13 tahun, sebuah lagi filem yang diangkat daripada naskhah novel menjadi hidangan untauk semua peminat filem-filem tempatan.

Novel Lagenda Budak Setan karya Ahadiat Akashah


Filem Lagenda Budak Setan

Filem ini bermula dengan kenakalan Kasyah, seorang pelajar kolej yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain, bersama beberapa rakannya. Sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kehadiran pelajar baru, Ayu, yang menambat hati pemuda terbabit.Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dengan bibit percintaan mulai bercambah. Pada semester akhir, Kasyah ke kawasan pedalaman bagi menjalankan kajian untuk tugasannya. Ketika pemergian Kasyah, bekas kekasih Ayu, Azmi, muncul menagih cinta. Berpura-pura sakit tenat, ibu Ayu berjaya meminta anaknya berkahwin dengan Azmi, meskipun hatinya mencintai Kasyah. Sebaik saja pulang ke kampus, Kasyah yang tidak mengetahui perkahwinan Ayu dan Azmi, terkejut dengan berita yang diterimanya itu. Masa berlau, rumah tangga Ayu dan Azmi berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan pemabuk. Ayu sering dipukul. Suatu malam, akibat tidak tahan dipukul Azmi, Ayu bertindak melarikan diri dari rumah dengan memandu kereta. Ayu hilang kawalan lalu terbabit dalam kemalangan. Mukanya hancur dan terpaksa melakukan pembedahan plastik. Wajahnya berubah, tetapi dia pulih semula. Seterusnya Ayu menuntut perceraian. Bersama wajah berbeza dan dengan trauma kehidupan lampau, Ayu kini bertekad untuk memulakan hidup baru. Dia menampilkan dirinya sebagai Emilia. Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Adakah Kasyah masih mencintai Ayu di dalam diri Emilia?


Dibintangi oleh Farid Kamil sebagai Kasyah, Lisa Surihani sebagai Ayu, Que Haidar sebagai Azmi, Nur Fazura sebagai Katerine dan bebrapa pelakon hebat lain menjadikan filem ini sangat berkesan dijiwa penonton. OST Lagenda Budak Setan yang bertajuk Bila cinta nyanyian Fili menambah lagi kesyahduan di hati penonton. Filem cinta ini turut menyelitkan unsur lucu, tragis dan sinikal. Dan tidak menjadi masalah kepada mereka yang bukan berjiwa romantik kerana saya pasti anda juga akan terkesan dengan filem ini setelah meihatnya.

Secara peribadi, saya memberikan 8.5 daripada 10 bintang, bukan kerana saya berjiwa romantik atau sebab lain, tetapi filem ini sememangnye berkesan dihati saya. "Shot angle" filem ini juga menarik. Jadi, cepat bersiap dan pergi ke panggung wayang berdekatan untuk melihat filem Lagenda Budak Setan sebelum terlambat! Masih sempat lagi!

11 comments:

  1. ye ke sememangnye berkesan dihati??
    huhuhu..
    camne i ley tak rase pape??
    cam biase je.... novel die lagi feel klo bace... huhuhu cte die tak ley nk hayati cam mase hayati novel die...
    6 bintang sudah... ~~~~

    ReplyDelete
  2. owh really? hehe..dunno la..mybe suka tgk farid kamil n lisa surihani..n gmbar yg siyesly cantik..nway thnx 4 ur comment..ur opinions are most welcome.. :)

    ReplyDelete
  3. yup tol tu... gambar die mmg cntik gler.. huhhuhuu
    lisa surihani n fazura cntik je..
    ske tgk dieorg blokn... huhuhu
    tapi ayat lam cte tu jiwang sgt... hehehehe
    kakak kat sebelah sebak je tgk.. hahaha
    pe yg sedey pn tak pasti..hmm mcm kene tgk sekali lagi.. kene hayati betol2.. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. hehehe..mybe u should..tgk la lagi skali..sure sebak jugak cam akak tu..ngee~ :D

    ReplyDelete
  5. oh no... tak nk la mcm tu.. hahahaa
    ksh cinte nie tak kn menyentuh sgt, lain r klo psl keluarga..fuh.. tu cair beb.. wa yg ganas nie ley cair der... hahahahaha

    ReplyDelete
  6. bak kate adnan sempit,muka je ganas tapi dalam ati ade taman..huhu..ape salahnye sebak sebab tgk cter ni? xslah apepown..SWEET je..heheh

    ReplyDelete
  7. kt mana ek nk beli novel LBS tu??? cari kt kedai buku ta jumpa pon

    ReplyDelete
  8. da try MPH outlet? mybe thru on9 will be more easier..try this http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9789834248253 =)

    ReplyDelete
  9. oh ok i will try when i'm free..thanx!..btw,,LBS mmg best & sdey & also buat sy rsa geram gyle kt Azmi tu..sske ati dy je buat pomp..cte tu yg smmgnye sdey + lgu Bila Cinta tu buatkan air mata jtuh time tgk cte tu..i hope sgt dpt jumpa thats novel

    ReplyDelete
  10. yeah..u r most welcome..good luck in ur searching..rasenye novel tu still available lg since movie ni agak meletup skg..hihi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails